Jangkitan Covid-19 semakin ‘meriah’ di Singapura

Jangkitan Covid-19 semakin ‘meriah’ di Singapura

PENDUDUK Singapura digesa mengikuti perkembangan terkini Covid-19 di Singapura, selain mengamalkan langkah yang sewajarnya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura mencatatkan peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital akibat Covid-19 sekali gus memberi tekanan kepada kemudahan kesihatan di republik ini.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan bahawa jumlah itu tidak setinggi ketika pandemik dan varian yang muncul tidak diketahui menyebabkan penyakit lebih teruk.

Pada minggu berakhir 2 Disember lalu, 32,035 orang didiagnosis dengan Covid-19 iaitu jumlah jangkitan tertinggi yang dicatatkan tahun ini.

Jumlah terkini hampir 10,000 kes, lebih daripada 22,094 kes yang didiagnosis minggu sebelumnya dan bilangan jangkitan mingguan antara sekitar 15,000 kes sejak dua hingga tiga bulan lalu.

Menurut MOH, purata kemasukan harian Covid-19 di hospital meningkat kepada 225 daripada 136 kes minggu sebelumnya, dan purata kes unit rawatan rapi harian (ICU) meningkat kepada empat kes berbanding satu kes pada minggu sebelumnya.

Seramai sembilan orang yang sakit teruk akibat Covid-19 dimasukkan ke ICU pada 26 November hingga 2 Disember, meningkat daripada empat minggu sebelumnya, dan dijangka bertambah dalam beberapa minggu akan datang.

Memetik laporan The Straits Times, MOH berkata, peningkatan kes mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk penurunan imuniti penduduk dan peningkatan perjalanan serta interaksi komuniti ketika perjalanan akhir tahun dan musim perayaan.

Justeru, kementerian menggesa orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini Covid-19 terutamanya warga emas, memakai pelitup muka di tempat yang sesak dan mendapatkan rawatan untuk kecemasan yang serius atau mengancam nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya