Israel tipu lagi, pemimpin Briged al-Qassam sihat, boleh berjalan - Utusan Malaysia

Israel tipu lagi, pemimpin Briged al-Qassam sihat, boleh berjalan

MOHAMMED DEIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Persoalan tentang keadaan sebenar ‘sosok misteri’ pemimpin kanan sayap bersenjata gerakan Hamas yang terus diburu Israel sejak sekian lama akhirnya terjawab.

Menerusi laporan media di Tel Aviv pada Selasa lalu, maklumat risikan rejim Zionis yang digembar-gemburkan sebelum ini mendakwa Ketua Briged al-Qassam, Mohammed Deif kononnya terpaksa menggunakan kerusi roda dan berada di bawah jagaan jururawat.

“Mereka mendakwa Deif hanya boleh bergerak ke mana-mana dengan menaiki ambulans akibat cedera dalam satu kejadian cubaan bunuh yang dilancarkan oleh Israel,” jelas laporan Maariv.

Namun, satu daripada sebuah rakaman video baru-baru ini menunjukkan Deif sebenarnya berada dalam keadaan sihat sejahtera, malah boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda.

Difahamkan, Deif memilih untuk hidup secara ‘low profile’ selama bertahun-tahun walaupun membuat kemunculan sekali-sekala.

Pada 2021, beliau pernah memberi amaran tegas kepada Israel tentang akibat dahsyat yang bakal dihadapi mereka jika tetap meneruskan rancangan mengusir penduduk Palestin dari kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Menurut Hamas, isteri dan bayi lelakinya terkorban dalam serangan udara rejim Zionis pada 2014 manakala seorang daripada ahli keluarganya gugur syahid selepas kediaman keluarganya dibedil pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya