Israel tetap teruskan perang di Gaza, tidak hirau desakan PBB

Israel tetap teruskan perang di Gaza, tidak hirau desakan PBB

KENDERAAN tentera rejim zionis bergerak berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza di selatan Israel di tengah-tengah konflik dengan Hamas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Israel menyatakan tekadnya untuk meneruskan perang di Gaza sama ada `dengan atau tanpa sokongan antarabangsa’.

Israel ketika ini berdepan tekanan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak termasuk penyokong utamanya, Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, Presiden AS, Joe Biden dalam satu acara kempen berlangsung di Washington memberi amaran Israel berisiko kehilangan sokongan dunia susulan tindakan pengeboman `sembarangan’ ke atas Gaza.

Biden mendakwa Israel menerima sokongan kebanyakan negara selepas serangan mengejut Hamas ke atas Israel namun mula kehilangan sokongan itu apabila melakukan pengeboman sewenang-wenangnya di Gaza.

Walaupun dikecam oleh sekutu utamanya, Israel menegaskan untuk meneruskan perang di Gaza.

“Israel akan meneruskan perang menentang kumpulan pejuang Hamas dengan atau tanpa sokongan antarabangsa.

“Gencatan senjata pada peringkat ini disifatkan sebagai `pemberian hadiah’ kepada kumpulan Hamas, selain akan membenarkan mereka mengancam semula orang di Israel,” kata Menteri Luar Israel, Eli Cohen.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kemudian memaklumkan bahawa Israel akan meneruskan pertempuran di Gaza.

“Kami akan teruskan sehingga ke akhirnya. Tiada pertikaian lagi. Saya menyatakan perkara ini atas kesengsaraan yang dialami dan tekanan antarabangsa.

“Tiada apa yang akan menghalang kami, Israel akan berjuang sehingga akhir dan mencapai kemenangan,” katanya menerusi kenyataan video. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya