Israel sudah ditakdirkan untuk gagal, tidak akan dapat tawan Palestin

Israel sudah ditakdirkan untuk gagal, tidak akan dapat tawan Palestin

KANAK-KANAK lelaki menolak troli yang dipenuhi barangan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ahli sejarah Israel, Ilan Pappe menyifatkan Israel terhasil daripada pembentukan projek ganas yang gagal dan hanya mampu bertahan dengan mengekalkan berjuta-juta rakyat Palestin di bawah penindasan.

Pappe menerusi tulisannya dalam buku terbaharu seperti yang dilaporkan The Palestine Chronicle menegaskan projek kekejaman rejim Zionis akan menemui kegagalan walaupun sudah mengorbankan banyak nyawa rakyat Palestin.

RANCANGAN JAHAT 100 TAHUN

“Ada kemungkinan bahawa pemikir awal dan pemimpin gerakan Zionis, pada akhir abad ke-19 di Eropah, membayangkan atau sekurang-kurangnya berharap, Palestin adalah tanah kosong dan jika ada orang di sana, mereka adalah suku nomad tanpa akar keturunan yang tidak mendiami tanah itu.

“Ini tidak berlaku kerana Palestin didiami oleh budaya canggih yang sudah berakar sejak ratusan tahun lalu.

IIAN PAPPE

“Arkitek Zionisme ini terlalu perkauman dan orientalis, seperti juga seluruh Eropah, untuk menyedari betapa progresifnya masyarakat Palestin dengan elit bandar yang berpendidikan dan berpolitik serta masyarakat luar bandar yang hidup aman dalam sistem perpaduan bersama yang tulen,” tulis Pappé.

Kedegilan Zionis menerima hakikat ketamadunan Palestin menyebabkan masalah itu terus berkembang dalam politik dunia.

“Di mata kepimpinan Zionis, masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan memindahkan penduduk Palestin dan menggantikan mereka dengan pendatang Yahudi.

“Selama lebih 75 tahun, Israel cuba menyelesaikan masalah ini, bermula dengan harapan mengahpuskan etnik di Palestin akan berjaya memaksa penduduk asli Palestin berpindah ke negara lain.

“Namun selepas malapetaka Nakba, wilayah itu masih dipenuhi rakyat Palestin dan mereka yang diusir enggan menerima sebarang identiti lain malah, berjuang untuk kembali seperti yang mereka lakukan hingga hari ini,” jelasnya lagi.

Katanya, berbilion-bilion wang pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) sudah digunakan dan masih diperlukan untuk mengekalkan impian merampas tanah Palestin dengan korban nyawa demi merealisasikan projek yang jelas akan gagal itu kini sudah mencecah 100,000 orang.

HENTI KOSONGKAN PALESTIN

Tetapi, menurut Pappe, terdapat teka-teki bagaimana Barat mendakwa projek ganas untuk menindas berjuta-juta rakyat Palestin selama hampir 100 tahun itu dilakukan atas dasar demokrasi di Asia Barat.

“Mungkin lebih penting lagi, mengapa begitu ramai penyokong Israel, malah Yahudi Israel sendiri percaya bahawa ini adalah projek yang mampan dalam abad ke-21?

“Sebenarnya, ia tidak mampan. Masalahnya ialah perpecahannya boleh menjadi satu proses yang panjang dan sangat berdarah dengan mangsa utamanya ialah rakyat Palestin.

“Ia juga tidak jelas sama ada rakyat Palestin bersedia untuk mengambil alih sebagai gerakan pembebasan bersatu berikutan peringkat akhir projek Zionis. Adakah mereka mampu menghilangkan rasa kekalahan dan membina semula tanah air mereka sebagai sebuah negara yang bebas untuk semua pada masa hadapan?” katanya lagi.

Tegas Pappe, fasa terakhir boleh menjadi lebih membina dan produktif untuk kedua-dua masyarakat peneroka dan rakyat terjajah di Palestin jika rantau Arab dan dunia segera campur tangan.

“Sesetengah negara perlu berhenti mendakwa projek berusia berabad-abad yang bertujuan untuk mengosongkan tanah daripada penduduk aslinya secara paksa ini adalah projek yang mencerminkan demokrasi dan masyarakat bertamadun.

“Jika ini berlaku, rakyat AS boleh berhenti bertanya mengapa ramai rakyat dunia membenci mereka dan orang Yahudi di seluruh dunia tidak akan dipaksa untuk mempertahankan perkauman Yahudi dengan menggunakan senjata antisemitisme dan penafian holocaust, tambahnya.

BOM SELATAN GAZA

Israel bertindak membedil bandar utama selatan Gaza selepas Hamas memberi amaran tiada tebusan akan meninggalkan wilayah itu dengan selamat melainkan tuntutannya untuk membebaskan tahanan Palestin dipenuhi.

Seorang wartawan melaporkan serangan Israel melanda bandar utama selatan Khan Yunis, manakala kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin memaklumka, mereka berjaya meletupkan sebuah rumah di mana tentera Israel berkumpul untuk mencari terowong.

Israel berkata, masih terdapat 137 tebusan di Gaza manakala aktivis mengatakan kira-kira 7,000 rakyat Palestin berada di penjara Israel.

Serangan dan pertempuran sengit selama berbulan-bulan menyebabkan sistem kesihatan Gaza berada di ambang kehancuran, dengan kebanyakan hospital tidak lagi berfungsi dan hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya