Israel siar dokumentari insiden serangan Hamas

Israel siar dokumentari insiden serangan Hamas

TANGKAP layar dokumentari serangan Hamas di Israel.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mengeluarkan sebuah dokumentari memaparkan insiden yang berlaku ketika serangan kumpulan pejuang Hamas di festival muzik dengan menampilkan beberapa saksi kejadian itu.

Filem berdurasi 52 minit dengan sebahagiannya melibatkan rakaman video semasa serangan mengejutkan itu ditayangkan di Baitulmuqaddis kelmarin kepada media antarabangsa.

Dokumentari ‘Nova’  mengimbau kejadian menimpa beberapa pengunjung yang hadir pada festival dihadiri lebih 3,000 orang sebelum mereka berdepan serangan Hamas.

“Saya mahu menceritakan kisah sebuah parti,” kata pembikin dokumentari itu, Dan Peer.

Peer mendakwa bekerja keras selama dua bulan bersama sekitar 15 kru produksi untuk mengumpulkan 212 elemen dokumentari itu termasuk video, mesej suara , rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akaun daripada mangsa yang terselamat.

Katanya, produksi membuat keputusan untuk mengelak daripada menggunakan imej sensitif bagi menghormati mangsa kejadian itu.

“Situasi ini sangat menakutkan,” kata seorang lelaki muda dalam rakaman itu,mengenai situasi ketika roket pertama dilancarkan ke Israel ketika matahari terbit.

Rakaman itu bersilih ganti dengan harapan pejuang Hamas yang didakwa mengharapkan beribu-ribu kematian dan klip orang ramai  memanggil ibu bapa mereka, selain menyoal mengapa tentera tidak berada di sana dan berfikir untuk bersembunyi atau melarikan diri.

Kemudian terdapat klip rakaman panjang memaparkan penonton festival berlari melalui padang dengan telefon di tangan dan ada yang berhenti sebentar untuk membantu rakan yang tercedera.

Dokumentari yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kastina itu akan disiarkan secara percuma di saluran televisyen di Israel.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya