WASHINGTON: Tentera Israel mula mengepam air laut ke dalam kompleks terowong Hamas di Gaza.
Wall Street Journal dan ABC News melaporkan, tindakan itu bermula sejak sebulan lalu memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) yang tidak dinamakan.
Menurut laporan itu, proses berkenaan mungkin mengambil masa beberapa minggu manakala ABC News pula melaporkan situasi terbabit berkemungkinan terhad memandangkan Israel masih membandingkan keberkesanan strategi itu dengan beberapa taktik lain.
Tentera Israel tidak memberikan komen mengenai laporan itu malah jurucakap kementerian pertahanan juga tidak membalas permintaan untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
Beberapa pegawai pentadbiran Biden berkata, proses itu boleh membantu memusnahkan terowong berkenaan kerana Israel percaya kumpulan pejuang menyembunyikan tebusan, anggotanya yang cedera dan senjata lain mereka di kawasan itu.
Bagaimanapun pegawai lain turut menyatakan kebimbangan air laut berkenaan akan membahayakan bekalan air tawar Gaza.-REUTERS