Israel, Netanyahu perlu dibicarakan di ICC - Erdogan - Utusan Malaysia

Israel, Netanyahu perlu dibicarakan di ICC – Erdogan

Recep Tayyip Erdogan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan meneruskan kecaman keras ke atas tindakan Israel di Gaza.

Beliau juga mengulangi kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sepatutnya dibicarakan sebagai penjenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), The Hague.

“Israel membunuh dan terus membunuh bukan sahaja wanita dan kanak-kanak di Gaza, tetapi anggota media yang menjalankan tugas mereka di bawah situasi yang sukar.

“Mereka ini, termasuk Netanyahu dan mereka yang menyokongnya adalah bersalah. Mereka adalah pengganas yang menyokong keganasan dan perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, ICC,” katanya.

Erdogan menambah, tindakan negara barat mendiamkan diri kerana malu dan membenarkan Israel menggunakan alasan mereka mangsa pembunuhan besar-besaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya