Israel 'kantoi' cipta video palsu kononnya Hamas menyerah kalah

Israel ‘kantoi’ cipta video palsu kononnya Hamas menyerah kalah

TANGKAP layar rakaman menunjukkan seorang lelaki memegang senapang di atas kepalanya dalam keadaan tanpa sebarang pakaian melainkan seluar dalam. - TIMES OF ISRAEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pasukan Pertahanan Israel (IDF) didapati mencipta video adegan palsu yang memaparkan anggota kumpulan pejuang Hamas menyerah kalah dalam satu pertempuran di Gaza.

Video itu mendakwa anggota kumpulan terbabit menyerah kalah dalam keadaan tanpa memakai sebarang pakaian kecuali seluar dalam.

Rakaman itu dikatakan merupakan sebahagian propoganda Israel untuk melemahkan semangat kumpulan pejuang Palestin dengan menampakkan seolah-olah pimpinan Hamas hilang kawalan.

Dilaporkan, anggota Hamas berkenaan sebenarnya adalah penduduk Palestin yang ditangkap oleh tentera Zionis dari Beit Lahia, utara Gaza pada 7 Disember lalu.

Kesemua lelaki berkenaan dipaksa menanggalkan pakaian mereka dan duduk dalam barisan di sebatang jalan.

Mereka kemudian diperiksa dan dimalukan secara terbuka sebelum dibawa menaiki trak menuju ke lokasi tidak diketahui.

Israel mendakwa individu berkenaan merupakan anggota kumpulan pejuang Hamas yang menyerah kalah.

Baru-baru ini, rejim Zionis menyiarkan rakaman menunjukkan seorang lelaki separa bogel berjalan ke arah tentera sambil memegang senapang di atas kepalanya.

Lelaki itu kemudian meletakkan senapangnya di kaki lima sebelum kembali kepada kumpulan individu ditahan.

Dalam video disiarkan Israel, lelaki terbabit didapati memegang senapang di tangan kirinya di atas kepalanya.

Bagaimanapun, satu lagi video yang tular menunjukkan adegan sama namun lelaki berkenaan didapati memegang senapang di tangan kanannya.

Ia secara tidak langsung menunjukkan adegan itu telah dirakam beberapa kali.

Sementara itu, individu yang menyerah diri dalam video berkenaan dikenali sebagai Munir Qeshta al-Masry.

Munir merupakan pemilik kedai aluminium di Beit Lahia dan didapati tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pergerakan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya