Israel didakwa gugurkan dumb bomb di Gaza

Israel didakwa gugurkan dumb bomb di Gaza

KEPULAN asap menjulang tinggi ke ruang udara selepas tentera Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu laporan penilaian perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa hampir separuh bahan peledak yang digugurkan tentera Israel di Gaza adalah tidak mengikut garis panduan atau dikenali sebagai dumb bomb.

Memetik laporan CNN, penilaian itu disusun oleh Pejabat Pengarah Perisikan Negara.

Laporan penilaian itu mendakwa kira-kira 40 hingga 45 peratus daripada 29,000 amunisi udara yang digunakan di Gaza adalah tidak mengikut garis panduan perang.

Dakwa laporan penilaian itu, selebihnya merupakan amunisi berpandukan ketepatan.

Tiga sumber yang melihat penilaian itu berkongsi maklumat dengan CNN.

Bahan peledak seperti itu dikatakan tidak mempunyai sistem panduan dalaman atau peranti untuk menyasarkan sasaran dengan tepat. 

Laporan itu mendakwa amunisi tidak mengikut garis panduan biasanya kurang menyasarkan sasaran dengan tepat dan boleh mencetuskan ancaman lebih besar kepada orang awam terutamanya di kawasan padat penduduk seperti Gaza.

Tambah laporan itu, kadar penggunaan dumb bomb itu mungkin menyumbang kepada kematian orang awam yang semakin meningkat.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 18,787 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 50,897 cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu. 

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran Israel berisiko kehilangan sokongan dunia susulan tindakan pengeboman `sembarangan’ ke atas Gaza. 

Lapor CNN, wujudnya kebimbangan bahawa sekiranya Israel menggunakan amunisi tidak mengikut garis panduan pada kadar dipercayai AS, maka ia bercanggah dengan kenyataan rejim zionis kononnya mereka cuba mengurangkan korban awam.  

“Ia adalah tindakan buruk untuk menggunakan senjata apabila tentera Israel mencapai sasaran mereka dengan tepat.

“Tindakan sedemikian boleh menyebabkan masalah awam besar sekiranya tidak mempunyai ketepatan dan gagal menjangkakan lokasi mana amunisi itu sebenarnya mendarat sepertimana dimahukan oleh tentera Israel,”  kata bekas pegawai Unit Pelupusan Bahan Letupan (EOD), Brian Castner.

Sementara itu, bekas penganalisis pertahanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Marc Garlasco berpandangan penggunaan amunisi tanpa garis panduan di kawasan penduduk padat seperti Gaza boleh meningkatkan peluang sasaran terlepas dan orang awam mengalami kecederaan dalam proses berkenaan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan jenis amunisi tidak mengikut garis panduan yang digunakan tentera Israel.

Namun, laporan CNN merujuk kepada pasukan tentera udara Israel yang menyiarkan gambar memaparkan pesawat pejuang bersenjatakan amunisi kelihatan seperti bom M117 di aplikasi X pada Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya