Israel buka laluan bantuan ke Gaza, tingkat serangan pada masa sama - Utusan Malaysia

Israel buka laluan bantuan ke Gaza, tingkat serangan pada masa sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel membuka laluan terus bagi penghantaran bantuan ke Gaza buat pertama kali sejak perang lebih dua bulan lalu tetapi pada masa sama meningkatkan serangan udara dan darat di wilayah sama.

Persimpangan Kerem Shalom antara Israel dan Gaza itu dibuka untuk trak bantuan semalam buat pertama kali sebagai langkah menggandakan penghantaran makanan dan ubat yang sampai ke Gaza.

Pada masa sama, serangan Israel yang menyaksikan pertempuran sengit di sepanjang Semenanjung Gaza dipertingkatkan sehingga mengakibatkan komunikasi terputus dan menyukarkan pihak berkaitan untuk menghubungi mereka yang cedera.

Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Palestin kini bersesak di beberapa kem pelarian yang masih terselamat apabila Israel selesai mengebom keseluruhan Gaza, selain berlindung di Rafah dekat sempadan Mesir.

Sikap Israel yang mahu segerakan rundingan pembebasan tebusan yang diculik Hamas dan serentak itu bertekad mahu berjuang untuk menghapuskan Hamas dilihat sebagai tidak ikhlas.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, memberitahu pemberita di Tel Aviv bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berazam untuk menyelesaikan tugas menghapuskan Hamas.

Sehari sebelum itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kelihatan memberi isyarat keterbukaan kepada rundingan, tetapi masih berikrar untuk mengekalkan tekanan sengit terhadap tenteranya.

Serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza menyebabkan 90 rakyat Palestin terbunuh, kata jurucakap kementerian kesihatan Gaza memberitahu Reuters.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya