Israel berisiko hilang sokongan - Biden

Israel berisiko hilang sokongan – Biden

JOE BIDEN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran Israel berisiko kehilangan sokongan dunia susulan tindakan pengeboman `sembarangan’ ke atas Gaza.

Pemimpin itu memberi amaran tersebut kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu acara kempen berlangsung di Washington.

Menerusi kenyataan tegas itu, Biden memaklumkan kepada para penderma bahawa Netanyahu perlu `mengubah’ pendiriannya berhubung penyelesaian dua negara untuk rakyat Palestin.

Biden mendakwa Israel menerima sokongan kebanyakan negara selepas serangan mengejut Hamas ke atas Israel.

“Tetapi, mereka mula kehilangan sokongan itu apabila pengeboman sewenang-wenangnya berlaku,” kata Biden dalam majlis itu.

Kementerian Kesihatan Hamas mengesahkan lebih 18,400 orang terbunuh dalam pengeboman berterusan Israel di Gaza.

Sebelum ini, Biden tidak pernah membuat kenyataan dengan menyifatkan pengeboman Israel sebagai sembarangan. 

Sementara itu, Netanyahu mengakui wujudnya `percanggahan pendapat’ dengan Biden mengenai isu bagaimana Gaza pasca konflik akan ditadbir.

Ini secara tidak langsung menunjukkan ketegangan yang jarang berlaku selepas berminggu-minggu pemimpin AS itu memberi sokongan kuat kepada Israel. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya