Individu tertua Jepun meninggal dunia pasa usia 116 tahun - Utusan Malaysia

Individu tertua Jepun meninggal dunia pasa usia 116 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Individu tertua yang juga rakyat Jepun, Fusa Tatsumi, disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 116 tahun.

Tatsumi, yang dilahirkan pada tahun 1907, pernah melalui dua perang dunia dan pelbagai wabak yang menular di negara matahari terbit itu.

Penyiar tempatan MBS melaporkan, Tatsumi meninggalkan suami, yang juga seorang petani di Osaka dan tiga anak.

Seorang pegawai di bandar Kashiwara memaklumkan wanita itu meninggal dunia ketika berada di fasiliti penjagaan di Osaka.

Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura, turut mengucapkan takziah di laman media sosial X, sambil mengimbau majlis yang dihadirinya untuk meraikan umur panjang Tatsumi pada September.

“Saya masih ingat betapa sihatnya Fusa Tatsumi. Saya dengan tulus berdoa untuk rohnya,” katanya.

Dalam rakaman yang disiarkan oleh MBS dan media tempatan lain, Tatsumi dilihat duduk di atas kerusi roda dan pada kebanyakan masa sedang tidur pada sambutan ulang tahunnya yang ke 116 pada April.

Tatsumi diiktiraf sebagai individu tertua Jepun selepas Kane Tanaka meninggal dunia tahun lalu pada usia 119 tahun.

Guinness World Records secara rasmi mengakui status Tanaka sebagai orang tertua di dunia pada April 2022.

Hari ini penghormatan itu menjadi milik Maria Branyas kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang akan mencecah usia 117 tahun pada 4 Mac tahun depan.

Jepun mempunyai penduduk kedua tertua di dunia selepas Monaco dengan mempunyai lebih daripada 47,000 ‘centenarian’ atau mereka yang berusia 100 tahun ke atas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya