NEW DELHI: Tentera laut India mengerahkan kapal pemusnah peluru berpandu di Laut Arab selepas sebuah kapal dagang yang mempunyai kaitan dengan Israel dilanggar di luar pesisir pantai India pada hujung minggu lalu.
Tindakan itu sebahagian usaha untuk ‘mengekalkan kehadiran musuh dan mencegah serangan’.
Tentera laut India sedang menyiasat jenis serangan ke atas kapal, MV Chem Pluto, yang berlabuh di Mumbai semalam, di mana laporan awal menunjukkan ia diserang menggunakan dron.
“Analisis forensik dan teknikal diperlukan untuk menentukan vektor serangan, termasuk jenis dan jumlah bahan letupan yang digunakan,” katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Iran semalam, menyebut dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran menyerang kapal berhampiran India adalah tidak berasas.
Sabtu lalu, Pentagon mendakwa dron yang dilancarkan dari Iran menyerang MV Chem Pluto di Lautan Hindi.
Serangan dilakukan ketika pasukan petugas yang diketuai AS berusaha untuk menentang kejadian sama di Laut Merah. – REUTERS