Ibu bapa patahkan leher anak hingga mati

Ibu bapa patahkan leher anak hingga mati

SAMAN ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sepasang suami isteri warga Pakistan tergamak membunuh anak perempuan mereka demi menjaga maruah keluarga selepas mangsa menolak untuk berkahwin dengan sepupunya di negara asal mereka.

Shabbar Abbas dan Nazia Shaheen dilaporkan membunuh Saman Abbas, 18, dengan mematahkan leher anak perempuannya hingga mati.

Pasangan suami isteri itu kini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Itali.

Lapor Daily Mail, mayat Saman digali keluar pada November tahun lalu dari sebuah rumah terbiar berhampiran ladang tempat kerja Shabbar di utara Itali.    

Ketika mayat Saman ditemukan, dia didapati mengalami patah leher.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Saman kali terakhir dilihat sedang berjalan berhampiran ladang yang sama bersama ibu bapanya.

Tribunal khas di Reggio Emilia, tengah Itali memutuskan bahawa pasangan suami isteri itu mengarahkan pembunuhan tersebut yang mana mangsa dicekik oleh bapa saudaranya sendiri.   

Pada perbicaraan kes itu, pendakwa raya Itali menegaskan Saman dibunuh oleh keluarganya pada 1 Mei 2021.

Katanya, beberapa hari selepas insiden itu, pasangan suami isteri meninggalkan Milan untuk ke Pakistan.

Shabbar dan Nazia dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala bapa saudara mangsa, Danish Hasnain dijatuhkan penjara selama 14 tahun selepas membuat rayuan.

Dua sepupu mangsa didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara.

Shabbar yang diekstradisi dari Pakistan pada Ogos lalu, mengaku tidak bersalah semasa memberi keterangan kepada mahkamah.

Isterinya, Nazia dibicarakan secara in-absentia (tanpa kehadiran tertuduh) dan dipercayai masih berada di Pakistan.

Ia merupakan perbicaraan kes jenayah berprofil tinggi yang disiasat di Itali sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan pembunuhan atau penganiayaan wanita atau gadis migran yang membantah untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya