Houthi Yemen ancam sasar semua kapal kargo ke Israel

Houthi Yemen ancam sasar semua kapal kargo ke Israel

ANGKATAN Bersenjata Yemen merampas sebuah kapal di Laut Merah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Angkatan Bersenjata Yemen yang bergabung dengan kumpulan pemberontak Houthi berikrar untuk menyasarkan setiap kapal kargo yang menuju ke Israel, tanpa mengira kewarganegaraan dan siapa yang mengendalikannya.

Kumpulan itu berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada solidariti berterusannya dengan Semenanjung Gaza yang sedang berdepan peperangang kejam tentera Israel.

Selepas mengehadkan tindakannya di Laut Merah dengan hanya menyasarkan kapal-kapal Israel, kumpulan tersebut mengumumkan akan memperluaskan operasinya untuk memasukkan setiap kapal yang menuju ke Israel, tanpa mengira kewarganegaraan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera kumpulan itu, Brigedier Jeneral Yahya Saree berkata, mana-mana kapal yang menuju ke entiti Zionis akan menjadi sasaran yang sah.

“Kami mengumumkan bahawa kapal yang menuju ke entiti Zionis tidak akan melepasi zon ini jika makanan dan ubat tidak masuk ke Semenanjung Gaza,” katanya.

Yahya turut memberi amaran kepada semua kapal dan syarikat untuk tidak berurusan dengan pelabuhan Israel.

Kumpulan pemberontak Houthi menguasai Sanaa dan Hodeidah di Laut Merah, serta beberapa gabenor di utara dan tengah Yemen.

Pada 19 November lalu, kumpulan tersebut merampas kapal Israel Galaxy Leader, mengangkutnya bersama semua anak kapal ke pantai Yemen.

Pada 25 November pula, sebuah dron Yemen dilaporkan menyerang sebuah lagi kapal milik syarikat Israel, Zim serta mengebom dua lagi kapal Israel di Laut Merah.

“Angkatan bersenjata Yemen terus menghalang kapal-kapal Israel daripada mengemudi di Laut Merah dan Teluk Aden sehingga pencerobohan Israel terhadap saudara-saudara kita di Gaza berhenti,” jelas kumpulan tersebut dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut memaksa kapal-kapal Israel mengambil laluan perkapalan yang lebih mahal dan lebih panjang di sekitar Afrika.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya