Houthi ancam serang kapal perang AS

Houthi ancam serang kapal perang AS

KAPAL kargo Galaxy Leader yang dirampas oleh kumpulan Houthi, menghampiri pelabuhan di Laut Merah di luar wilayah Hodeida, Yaman pada bulan lalu. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pemimpin Houthi Yaman memberi amaran akan menyerang kapal perang Amerika Syarikat (AS) sekiranya anggota kumpulannya menjadi sasaran ketenteraan.

Amaran itu dibuat oleh Abdel-Malek al-Houthi ketika Washington menubuhkan gabungan 10 negara untuk menentang serangan Houthi ke atas kapal-kapal komersial di Laut Merah.

“Kami tidak akan berdiam diri jika rakyat AS terdorong untuk menyasarkan negara kami atau melancarkan perang menentangnya.

“Sebarang sasaran AS ke atas negara kami akan menerima tindak balas.  Malah, kami akan menjadikan kapal perang, kepentingan dan pelayaran AS  sebagai sasaran bagi serangan peluru berpandu, dron dan operasi ketenteraan,” katanya dalam ucapan disiarkan di televisyen.     

Abdel-Malek juga memberi amaran kepada AS supaya tidak menghantar tentera ke Yaman.

Tegasnya, sekiranya AS berbuat demikian maka mereka akan berdepan tindakan lebih keras berbanding apa yang dihadapi di Afghanistan dan Vietnam.    

Inisiatif keselamatan diketuai AS akan menyaksikan Washington dan 10 negara lain kebanyakan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melakukan rondaan di Laut Merah untuk menghalang dan bertindak balas terhadap serangan Houthi pada masa hadapan.  

Setakat ini, serangan Houthi menyebabkan syarikat perkapalan global utama terpaksa mengubah laluan perdagangan di sekitar Afrika.

Sejak bulan lalu, Houthi menembak dron dan peluru berpandu ke arah kapal antarabangsa yang belayar melalui Laut Merah.

Serangan itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap kekejaman Israel di Semenanjung Gaza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya