Hanya AS yang masih sokong Israel teruskan perang di Gaza

Hanya AS sokong Israel teruskan perang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Ketika semakin banyak negara mendesak supaya Israel menghentikan perang di Gaza, Amerika Syarikat (AS) sebaliknya terus ‘menyokong dan menggalakkan’ rejim Zionis menyerang penduduk Gaza bertalu-talu.

Biarpun Washington menyatakan mereka ‘ada mendesak’ Israel supaya mengelakkan pertempuran besar dengan Hamas dan mengecilkan skala serangan, namun tidak sedikit pun AS mendesak supaya rejim zalim itu menghentikan serangan.

Beberapa negara sekutu Israel seperti United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis juga sudah semakin muak dengan sandiwara dan kekejaman Zionis di bumi Gaza apabila mereka turut menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera.

Penduduk Israel juga tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan perang menentang Hamas di Gaza kerana mereka bimbang tebusan terkorban lagi.

Banyak pihak mendesak supaya Israel berunding dengan Hamas untuk membebaskan tebusan, sekali gus melaksanakan gencatan senjata.

Namun, hingga kini, rejim Zionis terus keras kepala apabila menegaskan mereka akan terus menyerang Gaza untuk menghapuskan Hamas.

Sikap AS yang acuh tidak acuh dalam memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan perang juga menjadi penyebab utama negara haram itu semakin agresif.

Desakan AS sebenarnya boleh disifatkan sebagai ‘acah-acah demi tunjuk kepada dunia bahawa mereka tidak menyokong keganasan’.

Walhal, merekalah paling lantang dan laju menghulurkan bantuan kepada Israel untuk berperang di Gaza.

Washington sebelum ini memaklumkan pihaknya bimbang melihat jumlah korban penduduk awam di Gaza, namun jika bimbang, kenapa masih sokong Israel serang Gaza?

Lebih menyedihkan, AS juga menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang draf resolusi gencatan senjata diluluskan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perang yang berlaku menyebabkan 1.9 juta penduduk Gaza iaitu bersamaan 85 peratus populasinya hilang tempat tinggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya