Hamas sudah bebas lebih 100 tebusan - Utusan Malaysia

Hamas sudah bebas lebih 100 tebusan

PASUKAN tentera Hamas dipilih oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza untuk mentadbir dan menjaga keselamatan daripada kekejaman rejim Zionis. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas sudah membebaskan kira-kira 110 tebusan wanita dan kanak-kanak sejak gencatan senjata berakhir pada Jumaat lalu.

Mereka terdiri daripada 86 warga Israel dan 24 warga asing yang kebanyakannya warga Thailand.

Menurut laporan portal The National News yang memetik jurucakap kerajaan Israel, Eylon Levy, sehingga kelmarin, sebanyak 137 tebusan masih ditahan di Gaza dengan 117 daripada mereka adalah lelaki, termasuk dua kanak-kanak dan selebihnya wanita.

Levy mendakwa tebusan termuda, Kfir Bibas berusia 10 bulan dan abangnya Ariel berusia empat tahun serta ibu mereka Shiri antaranya yang belum dibebaskan.

Pada hujung minggu lalu juga menyaksikan pihak berkuasa Israel mengeluarkan nama beberapa tebusan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Pejabat Perdana Menteri Israel mendakwa kira-kira 10 daripada tebusan yang masih berada di Gaza berumur 75 tahun atau lebih.

Majoriti adalah warga Israel, manakala 11 warga asing termasuk lapan dari Thailand, masing-masing seorang dari Nepal, Tanzania dan Perancis-Mexico.

Berikutan nasib tebusan yang tidak menentu, keluarga tawanan menganjurkan kempen untuk menekan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya bertindak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya