GAZA: Briged al-Qassam mendedahkan sekurang-kurangnya 36 anggota tentera Zionis terbunuh dan 72 jentera perang Israel musnah dalam tempoh 72 jam lalu.
Kejayaan itu dicapai selepas tentera Israel bertempur dengan kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
Jurucakap al-Qassam, Abu Ubaidah berkata, anggota Mujahidin berjaya memusnahkan banyak jentera perang Israel dalam pertempuran yang berlangsung 72 jam lalu.
Katanya, ramai juga tentera Zionis cedera.
“Walau apa yang berlaku, kita tetap akan bertempur sehingga titisan darah terakhir.
“ini tanah kami, Zionis tiada hak walau seinci dan itulah yang mereka dapat,” kata Abu Ubaidah.