Gempa bumi kuat landa Filipina, tsunami tercetus di Jepun - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat landa Filipina, tsunami tercetus di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tsunami setinggi 40 sentimeter atau 1.3 kaki dilaporkan berlaku di pulau Hachijojima, kira-kira 290 kilometer ke selatan Tokyo, selepas satu gempa bumi kuat melanda Filipina.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa itu berukuran 7.5 magnitud melanda Mindanao di selatan Filipina sehingga pihak berkuasa negara itu mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan berisiko.

Pihak berkuasa Jepun juga memberi amaran, ombak tsunami itu boleh mencecah ketinggian satu meter atau bersamaan 3.2 kaki.

Institut Volkano dan Seismologi Filipina petang lewat malam tadi memaklumkan tsunamin boleh melanda negara itu, namun amaran tersebut ditarik balik tidak lama kemudian.

“Mengikut data yang diperoleh, tiada ancaman tsunami di Filipina,” menurut institut tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya