ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda selatan Istanbul, menggegarkan bahagian bandar terbesar di Turkiye.
Gempa itu dilaporkan tidak menyebabkan kecederaan atau kemusnahan
Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), pusat gempa terletak di Teluk Gemlik di Laut Marmara atau kira-kira 60 kilometer di selatan Istanbul, berhampiran bandar Bursa
Wartawan melaporkan merasakan dinding bergegar di kedua-dua belah Asia dan Eropah Istanbul, dengan imej televisyen menunjukkan orang ramai keluar ke jalan untuk untuk menyelamatkan diri.
Bandar paling ramai penduduk di Turkiye terletak berhampiran Sesar Anatolia Utara, salah satu yang paling aktif di dunia.
Dua gempa bumi besar meragut nyawa lebih 50,000 orang di tenggara Turkiye pada Februari, memusnahkan puluhan ribu bangunan di beberapa bandar.-AFP