Erdogan enggan tunduk desakan AS putuskan hubungan dengan Hamas

Erdogan enggan tunduk desakan AS putuskan hubungan dengan Hamas

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (tengah) bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh (kanan) dalam pertemuan di Ankara pada Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kelmarin menolak tekanan yang diberikan Amerika Syarikat (AS) supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Hamas susulan perang yang berlaku di Gaza.

Tekanan itu bermula selepas pegawai tertinggi dalam Jabatan Perbendaharaan AS menzahirkan ‘kebimbangan mendalam’ mengenai hubungan Ankara dengan Hamas.

Pegawai Brian Nelson memberitahu, Washington tidak mengesan sebarang pengaliran duit antara Turkiye dan Hamas sejak perang meletus 7 Oktober lalu.

Namun, beliau menekankan mengenai bantuan yang dihulurkan Turkiye dalam mendapatkan dana untuk Hamas sebelum ini.

Sebagai reaksi, Erdogan memaklumkan, Washington sebenarnya tahu negara ini tidak melabel dan tidak melihat Hamas sebagai organisasi pengganas.

“Pertamanya, Hamas merupakan kumpulan pejuang yang sebenarnya, rakyat Palestin dan mereka menang menerusi pilihan raya yang diundi rakyat palestin.

“Kita tubuhkan polisi luar di Ankara dan menggunakannya mengikut kepentingan dan faedah untuk rakyat Turkiye,” tegas Erdogan.

Beliau juga menyatakan rakan Turkiye turut menghargai dasar luar yang dilaksanakan yang disifatkan konsisten dan seimbang dalam apa jua sektor.

Erdogan menjadi satu daripada pemimpin Islam paling lantang mengkritik kekejaman Zionis di Palestin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Selepas perang meletus, beliau memanggil pulang Duta Turkiye ke Tel Aviv dan mendesak supaya pegawai ketenteraan Israel dibicarakan bagi kesalahan jenayah perang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kali terakhir Erdogan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Istanbul adalah pada Julai lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya