Enggan makan pankek, warga emas tikam isteri hingga mati

Enggan makan pankek, warga emas tikam isteri hingga mati

: KEJADIAN tikaman itu berlaku di blok 1300 Corcoran Street, Northwest pada 10 Disember lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang warga emas didakwa tikam isterinya sampai mati selepas enggan makan pankek yang dimasak untuk lelaki berkenaan.

Lapor metro.co.uk, Steven Schwartz, 85, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menikam isterinya, Sharron Schwartz, 81, hingga mati di kediaman mereka terletak di Washington D.C.

Menurut Pejabat Peguam Amerika Syarikat (AS) Daerah Columbia, warga emas itu `enggan makan pankek dimasak oleh isterinya lalu bertindak menikam mangsa dari belakang’.

Peguam AS, Matthew Graves berkata, Steven didakwa dengan pembunuhan tahap kedua yang memiliki senjata.

Steven muncul dalam video khas dan dihadapkan di Mahkamah Tinggi Washington D.C pada Khamis lalu.

Hakim Majistret, Sherry Trafford mendapati `sebab berkemungkinan bahawa defenden melakukan pembunuhan itu’.

Dia diperintahkan oleh hakim untuk terus ditahan tanpa ikat jamin dan perbicaraan awal Steven ditetapkan pada 2 Januari depan.

Sementara itu, Jabatan Polis Metropolitan memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian tikaman di blok 1300 Corcoran Street, Northwest pada 10 Disember lalu.

“Sebaik sahaja tiba, pasukan kami melihat seorang wanita cedera parah di dalam sebuah apartmen.

“Seorang lelaki yang berada di apartmen sama turut mengalami kecederaan yang dilakukan sendiri,” jelas jabatan polis semasa mengumumkan penahanan Steven.

Pasangan suami isteri itu dikejarkan ke sebuah hospital tempatan namun wanita itu disahkan meninggal dunia.

Berdasarkan affidavit polis yang diperoleh The Independent, Steven mendakwa Sharron memaksanya untuk makan pankek dimasaknya walaupun dia tidak suka makan secara umumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya