Dua maut, 29 cedera bangunan terbakar di Korea Selatan

Dua maut, 29 cedera bangunan terbakar di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 29 lagi cedera dalam insiden kebakaran membabitkan sebuah bangunan pangsapuri 27 tingkat di Korea Selatan.

Lapor agensi berita Yonhap, kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi (waktu tempatan) di tingkat tiga bangunan pangsapuri itu di Seoul.

Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an dan seorang wanita berumur 70-an dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

Dua daripada mangsa meninggal dunia di hospital.

Semasa proses pemindahan, sekurang-kurangnya 28 orang mengalami kecederaan termasuk terhidu asap kebakaran.

“Seramai 20 orang sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian apabila pasukan bomba mengerahkan lebih 200 anggota dan 57 jentera ke tempat kejadian.

Pihak polis dan bomba sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya