Dong Jun dilantik Menteri Pertahanan baharu China 

Dong Jun dilantik Menteri Pertahanan baharu China

DONG JUN     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menamakan bekas ketua tentera laut, Dong Jun sebagai Menteri Pertahanan baharu republik itu.

Dong, 62, menggantikan Li Shangfu yang dipecat daripada jawatan itu pada Oktober lalu.

Pelantikan itu dibuat ketika Presiden Xi Jinping giat menaik taraf tentera negara itu sebagai sebahagian usaha beliau untuk menjadikan China kuasa besar dunia, satu-satunya matlamat yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara jiran.  

Memetik agensi berita Xinhua, Dong dilantik di mesyuarat jawatankuasa Kongres Rakyat Nasional China.

Peranan Menteri Pertahanan China adalah untuk menjadi tokoh utama Tentera Pembebasan Rakyat dalam penglibatannya bersama media dan angkatan bersenjata lain.

Elemen penting dalam tugas berkenaan adalah untuk melibatkan diri dengan tentera Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengurangkan risiko konflik di Taiwan dan Laut China Selatan.

Kedua-dua isu berkenaan dikatakan tidak asing lagi bagi Dong.

Sebelum menjadi ketua Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat dan dilantik sebagai jeneral penuh pada 2021, Dong merupakan naib komander Armada Laut Timur, yang kini dikenali sebagai Komando Teater Timur.

Komando Teater Timur merupakan pasukan utama bertanggungjawab memerangi Taiwan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai naib komander Komando Teater Selatan yang beroperasi di Laut China Selatan yang mana sebahagian besar kawasannya dituntut oleh China.

Dua menteri pertahanan sebelum ini yang berasal dari Jabatan Pembangunan Pasukan Roket dan Peralatan, hilang dari khalayak ramai.  

Beijing tidak menjelaskan kehilangan Li Shangfu namun bertindak melucutkan jawatan menteri pertahanan dan ahli majlis kerajaan negeri pada Oktober lalu.

Li Shangfu mengetuai jabatan yang bertanggungjawab dalam pemerolehan peralatan dan penyelidikan sebelum memegang jawatan menteri pertahanan pada Mac lalu.

Beliau tidak muncul di khalayak ramai sejak 25 Ogos lalu.  

Beberapa sumber mendakwa Li Shangfu sedang disiasat atas kesalahan rasuah yang berkaitan dengan pemerolehan dan pembangunan peralatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya