Doktor, isteri dan lima anak dibunuh kejam tentera Zionis - Utusan Malaysia

Doktor, isteri dan lima anak dibunuh kejam tentera Zionis

HANI AL HAITHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang doktor dari Norway, Dr. Mads Gilbert berkongsi berita sedih pemergian rakannya yang juga Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Hospital al-Shifa yang ‘dibunuh secara kejam’ dalam serangan Israel.

Kesedihan tambah berganda kerana ahli keluarga Dr, Hani al-Haitham juga antara mangsa keganasan tentera zionis itu.

“Rakan baik saya dan rakan sekerja yang dikasihi, Dr. Hani al-Haitham, ketua jabatan kecemasan Shifa (Hospital al-Shifa) telah dibunuh dengan kejam oleh Israel, bersama isteri tercintanya, Dr Sameera Ghifari dan lima anak mereka Shireen, Tia, Sameer, Wafa serta Sara.

“Tanpa belas kasihan, askar Israel yang pengecut membunuh tujuh lagi orang awam yang tidak bersenjata.

“Satu lagi serangan ke atas kita semua, ke atas semua manusia. Anda tidak akan dilupakan, kami berjanji, kami akan membina semula Syifa, Gaza, Palestin!” ikrar Gilbert di platform X.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya