Disangka rangka manusia, rupanya corong minuman keras bentuk tengkorak - Utusan Malaysia

Disangka rangka manusia, rupanya corong minuman keras bentuk tengkorak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOISE: Situasi tidak disangka-sangka berlaku di Idaho, Amerika Syarikat (AS) melibatkan pihak berkuasa apabila satu siasatan dilakukan berhubung berhubung penemuan rangka manusia baru-baru ini sebelum ia bertukar menjadi momen melucukan.

Pada mulanya, pegawai dari Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Washington (WDFW) dengan kerjasama penyiasat Pend Oreille County serta ejen Peronda Sempadan dikerah ke sebuah gua berhampiran sempadan Kanada selepas menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan satu rangka manusia.

Rangka manusia itu ditemui oleh seorang pendayung yang sedang meneroka gua terletak di sepanjang Sungai Pend Oreille.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, penyiasat menggunakan jet ski untuk mengakses pintu masuk gua dan melakukan penyelaman bagi menjalankan penyiasatan menyeluruh.

“Ketika melakukan selaman, penyiasat menemui apa yang kelihatan seperti rangka manusia.

“Tetapi sebenarnya ia adalah ‘bong’ atau corong plastik untuk bir yang diisi dengan batu.

“Kami fikir ia sengaja diletakkan di bawah air oleh seseorang sebagai gurauan,” kata pegawai WDFW.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya