Disangka pelajar balik lewat, guru ditahan pengawal keselamatan

Disangka pelajar balik lewat, guru ditahan pengawal keselamatan

GURU yang disangka pelajar itu diminta menunggu dan menghubungi ibu bapanya untuk membawanya pulang ke rumah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIANGSU: Seorang guru wanita yang bertugas di sebuah sekolah menengah di wilayah Jiangsu, China `ditahan’ oleh pengawal keselamatan selepas disangkakan pelajar, ketika dia mahu pulang ke rumah.

Pengawal keselamatan itu menyangka guru tersebut merupakan pelajar yang pulang lewat pada waktu malam.

Malah, pengawal keselamatan itu turut meminta guru berkenaan menghubungi ibu bapanya untuk membawanya pulang agar individu itu selamat.

Memetik laporan Sanook, wanita itu pada mulanya cuba menjelaskan kepada pengawal keselamatan bahawa dia merupakan guru dan bekerja di sekolah berkenaan.

Namun, pengawal keselamatan itu tidak mempercayai kata-katanya.

“Pengawal keselamatan itu memaksa guru tersebut menunggu di dalam bilik.

“Dia kemudian menghantar gambar wanita itu dalam kumpulan chat sekolah untuk mengesahkan guru yang disangka pelajar belajar di kelas mana,” jelas laporan.

Bagaimanapun, kumpulan chat sekolah itu mengesahkan wanita yang disangka pelajar itu merupakan guru sebenar sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

Kisah pengawal keselamatan silap tahan guru yang disangka pelajar itu menjadi tular dalam media sosial.

Rata-rata warganet memuji tindakan pengawal keselamatan yang dianggap menjalankan tugas dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya