China pecat sembilan pegawai tentera

China pecat sembilan pegawai tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China dilaporkan memecat sembilan pegawai tentera termasuk empat jeneral dari unit peluru berpandu strategik.

Ia merupakan rombakan besar-besaran berikutan pelantikan Menteri Pertahanan baharu republik itu.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis yang memerintah.

Setakat ini, tiada penjelasan diberikan atas pemecatan pegawai berkenaan.

Pemecatan pegawai berkenaan merupakan salah satu siri langkah penstrukturan semula peringkat tertinggi dalam tentera sejak Menteri Pertahanan, Li Shangfu dipecat pada Oktober lalu, berikutan spekulasi keberadaannya selama berbulan-bulan.

Li Shangfu yang dilantik pada Mac lalu, dilaporkan tidak muncul di khalayak ramai sejak Ogos lalu dan dipecat secara rasmi pada Oktober.

Dong Jun dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu China, mengisi kekosongan jawatan itu selama berbulan-bulan.

Sembilan pegawai yang dipecat adalah daripada Kongres Rakyat Kebangsaan.

Menurut firma SinoInsider berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pemecatan itu `memberi bayangan bahawa pegawai berkenaan sedang disiasat selain mengesahkan beberapa khabar angin tersebar mengenai perkara itu’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya