China arah rakyatnya tinggalkan sempadan Myanmar - Utusan Malaysia

China arah rakyatnya tinggalkan sempadan Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kedutaan China di Myanmar menyeru rakyatnya untuk meninggalkan wilayah utara negara itu susulan risiko keselamatan yang meningkat sewaktu kumpulan bersenjata etnik minoriti memerangi tentera junta.

Pertempuran berlaku sejak Oktober lalu di seluruh negeri utara Myanmar, Shan apabila Tentera Arakan (AA), Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) melancarkan serangan terhadap tentera.

Kumpulan itu juga sudah merampas beberapa bandar dan hab sempadan yang penting untuk perdagangan dengan China, yang dijelaskan penganalisis sebagai cabaran ketenteraan terbesar kepada junta sejak mereka merampas kuasa pada 2021.

MNDAA juga berikrar untuk menawan semula bandar Laukkai, yang terletak di sebuah daerah bersempadan dengan China yang dikendalikan oleh kumpulan militan yang bersekutu dengan tentera dan terkenal dengan aktiviti perjudian, pelacuran dan penipuan dalam talian.

Media yang dikaitkan dengan MNDAA minggu ini melaporkan, junta Myanmar melaksanakan serangan udara di wilayah Kokang yang ditadbir sendiri, yang mengelilingi Laukkai dan turut membedil bahagian bandar itu.

Awal bulan ini, Beijing berkata, negara itu menjadi pengantara rundingan antara tentera dan tiga kumpulan bersenjata etnik dan mencapai persetujuan untuk gencatan senjata sementara.

Bagaimanapun, pertempuran masih berterusan di bahagian negeri Shan, dengan TNLA mendakwa mereka menawan dua lagi bandar beberapa hari lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya