Celine Dion alami kekejangan otot sukar dikawal

Celine Dion alami kekejangan otot sukar dikawal

CELINE DION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi pop dunia, Celine Dion dilaporkan mengalami kekejangan otot yang sukar untuk dikawal.

Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya, Claudette Dion ketika Celine didiagnosis menghidap sindrom orang kaku atau stiff person syndrome (SPS) sejak Disember tahun lalu.   

Bercakap kepada laman sesawang Kanada 7 Jours, Claudette berkata, adiknya kekal tabah dan sering berusaha untuk melawan penyakit yang dihidapnya.

Bagaimanapun, Claudette mengakui masa depan kerjaya nyanyian Celine masih tidak menentu.

“Setiap hari kami mengimpikan dia kembali semula ke pentas, namun realitinya dalam keadaan apa? saya tidak tahu,” katanya.

Dilaporkan, Celine mengalami kekejangan otot yang sukar dikawal sejak sekian lama.

Pada Januari 2022, Celine terpaksa membatalkan tarikh konsert selepas mengalami kekejangan yang `teruk dan berterusan’.   

“Saya sudah lama mengalami masalah kesihatan dan ia sememangnya amat sukar bagi saya untuk menghadapi cabaran ini.

“Malangnya, kekejangan ini menjejaskan kehidupan harian saya.

“Kadang-kala ia menyukarkan apabila saya berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa,” kata Celine kepada peminatnya pada Disember. 

Sementara itu, Claudette memaklumkan ramai orang menghubungi yayasannya untuk menawarkan sokongan setelah mendapat tahu mengenai kesihatan Celine.

“Ramai yang mendoakan agar Celine diberi kesembuhan dan kesihatan baik.

“Malah, dia juga menerima banyak mesej dan hadiah dari peminatnya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya