Budak lapan tahun jalani pembedahan tertelan pembalut coklat

Budak lapan tahun jalani pembedahan tertelan pembalut coklat

AKSHAY Buddharaja bersama pesakit selepas pembedahan di Hospital Aakash di New Delhi, India.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di India terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan plastik pembalut coklat.

Lapor Metro UK, kanak-kanak perempuan itu awalnya dikesan menderita radang paru-paru dan batuk kering namun doktor bingung selepas imbasan CT dan antibiotik gagal menemui punca simptomnya.

Ujian bronkoskopi oleh pakar di Hospital Aakash di New Delhi kemudian berjaya mendedahkan terdapat pembalut coklat toffee Cadbury melekat tepat di atas paru-paru kanak-kanak itu.

“Gadis itu mendakwa tidak ingat bila dia menelan plastik pembalut itu tetapi mengesyaki insiden itu mungkin berlaku semasa dia berbaring sambil memakan coklat tersebut,” jelas doktor.

Pakar Perubatan Hospital Aakash, Dr. Akshay Buddharaja berkata, simptom radang paru-paru sering berlaku jika terdapat bendasing tersedut masuk ke dalam paru-paru.

Doktor dilaporkan melakukan prosedur pembekuan plasma argon dan memasukkan kamera endoskopik untuk mengeluarkan plastik pembalut itu.

Selepas objek tersebut dikeluarkan, gejala pada kanak-kanak itu beransur pulih dan tahap kesihatannya kini dilaporkan bertambah baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya