Budak genius jadi ahli Mensa pada usia dua tahun

Budak genius jadi ahli Mensa pada usia dua tahun

ISLA McNabb memegang kad keahlian Mensa dan sijil Rekod Dunia Guinnes yang dimilikinya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFORT: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) berjaya menjadi ahli wanita termuda organisasi Mensa kerana kecerdasan minda (IQ) luar biasa yang dimilikinya.

Isla McNabb dari Crestwood terpilih menyertai organisasi itu selepas mencapai tahap 99 persentil dalam ujian kecerdasan mengikut umurnya pada Skala Kepintaran Stanford-Binet.

Mensa International merupakan organisasi bukan keuntungan yang terbuka kepada individu dengan markah persentil 98 ke atas dalam ujian piawaian kecerdasan dan merupakan masyarakat IQ tinggi terbesar serta tertua di dunia.

Dalam temu bual Isnin lalu, ibu bapa Isla, Jason dan Amanda McNabb berkata, mereka menyedari kepintaran anak perempuan mereka itu selepas ibu saudaranya menghadiahkan tablet tulisan yang boleh dipadam ketika hari jadinya yang kedua tahun.

“Saya mula menulis perkataan red di tablet, dan belum sempat mengajar Isla sudah dapat membacanya.

“Saya merasa terkejut dan cuba menulis beberapa perkataan lagi seperti blue, yellow, cat dan dog. Isla dengan yakin menyebutnya dengan betul. Dari situlah saya menyedari ada sesuatu yang istimewa padanya.

“Sejak itu juga kami mula melihat perkataan dieja di sekeliling rumah menggunakan permainan blok huruf pelbagai warna yang kami belikan untuknya. Blok susunan perkataan chair ditinggalkan di sebelah kerusi dan pernah kucing kami dilihat berbaring di sebelahnya ada susunan perkataan cat,” kata Jason.

Pada 2 Jun 2022, Rekod Dunia Guinness secara rasmi mengiktiraf Isla sebagai ahli Mensa wanita termuda di dunia.

Kanak-kanak genius yang kini berusia tiga tahun itu sudah memulakan pembelajaran di prasekolah dan juga terbukti hebat dalam matematik selain terus meningkatkan kemahiran membacanya.

Jason dan isterinya kini merancang mencari pelan pendidikan individu supaya Isla dapat memulakan tadika lebih awal.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya