Britain cadang guna AI sahkan umur pengguna web lucah

Britain cadang guna AI sahkan umur pengguna web lucah

BRITAIN mencadangkan penggunaan AI untuk melindungi kanak-kanak daripada mengakses bahan pornografi dalam talian.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain mencadangkan panduan semakan umur baharu untuk melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian, termasuk menggunakan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi menentukan sama ada penonton sudah cukup dewasa.

Akta Keselamatan Dalam Talian yang baru diluluskan oleh kerajaan memerlukan tapak dan aplikasi memaparkan atau menerbitkan kandungan lucah untuk memastikan kanak-kanak tidak boleh mengakses pornografi dalam perkhidmatan mereka.

Umur sah untuk menonton bahan pornografi di Britain ialah 18 tahun ke atas.

Kajian oleh Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak untuk England menunjukkan, rata-rata kanak-kanak pertama kali melihat pornografi dalam talian pada usia 13 tahun, manakala hampir satu perempat menemuinya pada usia 11 tahun sementar satu daripada 10 seawal 9 tahun.

“Tidak kira pendekatan mereka, kami mengharapkan semua perkhidmatan menawarkan perlindungan kepada kanak-kanak daripada terjumpa pornografi dan menjaga hak privasi serta kebebasan untuk orang dewasa mengakses kandungan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ofcom, Melanie Dawes.

Pengawal selia mencadangkan penggunaan AI untuk menganalisis ciri penonton melalui arahan mengambil swafoto pada peranti dan memuat naiknya di laman tertentu.

Badan pemerhati berkata, panduan yang dicadangkan juga termasuk pemadanan pengenalan foto yang memerlukan pengguna memuat naik gambar pada pasport atau lesen memandu untuk membuktikan umur mereka dan semakan kad kredit.

Cadangan lain ialah perbankan terbuka, di mana pengguna boleh memberi kebenaran kepada bank mereka untuk berkongsi maklumat dengan tapak lucah dalam talian bagi mengesahkan mereka berusia lebih 18 tahun.

Institut Hal Ehwal Ekonomi, sebuah badan pemikir pasaran bebas berkata, pengesahan umur mandatori mengancam privasi pengguna dan mungkin mendedahkan mereka kepada pelanggaran dan penyalahgunaan dengan meningkatkan jumlah data sensitif yang dipegang oleh pihak ketiga.

Namun badan pengawal selia berkata, kaedah yang lebih lemah seperti pengisytiharan sendiri umur, kaedah pembayaran dalam talian yang tidak memerlukan seseorang berumur 18 tahun dan penafian atau amaran, tidak lagi memenuhi piawaian dalam panduan baharunya.

Ofcom berkata, pihaknya menjangkakan untuk menerbitkan panduan lengkap mengenai perkara itu pada awal 2025.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya