Bekas PM Pakistan guna klon AI untuk berkempen dari penjara

Bekas PM Pakistan guna klon AI untuk berkempen dari penjara

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menggunakan klip video dihasilkan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk berkempen dari penjara.

Klon suara AI ketua pembangkang itu memberi ucapan penuh semangat bagi pihaknya.

Imran dipenjara sejak Ogos lalu dan sedang dibicarakan atas tuduhan membocorkan dokumen sulit.

Beliau berdepan dakwaan tersebut yang diselarnya sebagai usaha menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya umum pada Februari depan.

Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan klip video mesej berdurasi empat minit daripada pemimpin berusia 71 tahun itu.

Klip video itu sekaligus mengungguli `perhimpunan maya’ yang dianjurkan di media sosial bermula Ahad hingga kelmarin, walaupun dicemari oleh gangguan internet.

Menurut PTI, Imran menghantar skrip ringkas menerusi peguamnya yang disampaikan dalam bahasa retoriknya.

Teks itu kemudian dialih suara ke dalam audio menggunakan alat dari firma AI ElevenLabs, yang menawarkan keupayaan untuk mencipta ‘klon suara’ daripada sampel pertuturan sedia ada.

“Rakan warga Pakistan, saya terlebih dahulu ingin memuji pasukan media sosial untuk percubaan bersejarah ini.

“Mungkin anda semua tertanya-tanya bagaimana keadaan saya di penjara. Hari ini, keazaman saya untuk kebebasan sebenar adalah sangat kuat,” kata suara yang meniru Khan.

Audio itu disiarkan pada akhir siaran langsung ucapan selama lima jam oleh penyokong PTI di laman Facebook, aplikasi X dan YouTube.

Ia dilapisi dengan rakaman bersejarah Imran dan imej pegun.

Tambah PTI, ia disisipkan dengan klip video asli daripada ucapan bekas bintang kriket itu.

Namun, jelasnya, kapsyen muncul pada selang masa yang menandakannya sebagai `suara AI Imran Khan berdasarkan notanya’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya