Beijing gunakan Kemboja untuk kuasai Laut China Selatan?

Beijing gunakan Kemboja untuk kuasai Laut China Selatan?

WASHINGTON bimbang jika China menjadikan Kemboja sebagai platform untuk mengawal Laut China Selatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mula bimbang dan giat memantau selepas satu laporan menyatakan kapal perang China berlabuh di Kemboja.

Laporan itu secara tidak langsung menunjukkan China berusaha mendapatkan kawalan eksklusif terhadap Pangkalan Tentera Laut Ream, sekali gus mengawal perairan Laut China Selatan.

Radio Free Asia (RFA) melaporkan, kapal perang China terbabit sudah tiba di Pangkalan Tentera Laut Ream.

Memetik Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Seiha berkata, ketibaan kapal perang China itu adalah persediaan untuk latihan Tentera Laut Kemboja.

RFA berkata, lawatan kapal perang itu selari dengan pertemuan di Phnom Penh antara pemimpin Kemboja dan naib pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat China, yang juga, badan perintah tentera tertinggi Beijing, He Weidong, Isnin lalu.

“Walaupun kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkembangan khusus ini, tetapi kami mempunyai kebimbangan serius mengenai rancangan China untuk kawalan eksklusif terhadap Pangkalan Tentera Laut Ream,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.

AS turut menggesa Kemboja memastikan China, dengan ‘kehadiran atau teknologi sensitif’ di Ream, tidak dibenarkan ‘menggugat kedaulatan Kemboja, melanggar perlembagaannya, dan menjejaskan kestabilan serantau’.

RFA melaporkan, tidak jelas berapa banyak kapal perang China yang berlabuh di Ream, namun berdasarkan imej di halaman Facebook Tea Seiha, ia kelihatan seperti terdapat sekurang-kurangnya dua buah kapal.

Imej satelit pada 3 Disember juga menunjukkan dua kapal, kemungkinan korvet atau frigat, di jeti baharu di situ.

Keputusan Kemboja untuk membenarkan China membangunkan Ream sebelum ini mengecewakan Washington, malah negara jirannya juga bimbang ia akan memberikan Beijing platform baharu berhampiran perairan Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya