Bantah gencatan senjata: Hamas sifatkan AS 'lagi Zionis' dari Israel

Bantah gencatan senjata: Hamas sifatkan AS ‘lagi Zionis’ dari Israel

KANAK-KANAK Palestin menangis selepas tentera Israel membedil kawasan Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto dalam menentang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mahukan gencatan senjata dilakukan serta-merta di Gaza.

Hamas juga menyifatkan keputusan itu sebagai ‘tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan’.

“Keputusan AS yang menggunakan kuasa veto dalam menentang gencatan senjata dilaksanakan di Gaza sama seperti mereka bersetuju dan sengaja membiarkan tentera Zionis membunuh penduduk Palestin.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah penghapusan etnik secara besar-besaran dan sedihnya, AS hanya membiarkan perkara itu berlaku.

“Tidak keterlaluan jika AS boleh disifatkan lebih Zionis berbanding Israel sendiri,” kata jurucakap Hamas, Ezzat el-Reshiq.

Tindakan Washington itu secara tidak langsung menyebabkan AS ‘terpencil secara diplomatik’ daripada 15 negara anggota UNSC.

Sebanyak 13 negara menyokong draf resolusi itu yang diusulkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Britain pula mengambil keputusan untuk berkecuali.

Selain itu, banyak pihak mengecam tindakan AS termasuk Duta Palestin ke PBB, Riyad al-Mansour yang menegaskan kegagalan gencatan senjata hanya akan menyebabkan jutaan hidup rakyat Palestin tidak menentu.

Barisan Menteri Luar negara-negara Arab turut sependapat dengan Riyad dan membantah tindakan AS yang menggunakan kuasa veto tanpa memikirkan akibatnya.

Semasa mesyuarat dengan Setiausaha Jabatan Negara AS, Antony Blinken, Jawatankuasa Kementerian Arab-Islam mengulangi gesaan kepada AS supaya bertanggungjawab dan mendesak Israel melakukan gencatan senjata.

AS, ISRAEL BERI ALASAN BODOH

Duta AS ke PBB, Robert Wood memberitahu UNSC bahawa AS tidak menyokong resolusi itu kerana ia hanya menyebabkan lebih banyak perang pada masa akan datang.

AS dan Israel beranggapan resolusi itu akan memberi kelebihan kepada Hamas.

Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan sekali lagi menegaskan gencatan senjata mungkin boleh dilaksanakan selepas semua tebusan dibebaskan dan Hamas dihapuskan.

‘LAMPU HIJAU’

Seolah-olah mendapat lampu hijau selepas AS menolak resolusi gencatan senjata, tentera Zionis terus melancarkan serangan di Khan Yunis, menyaksikan enam orang maut.

Dalam serangan di Rafah pula, lima lagi maut dan puluhan cedera akibat terkena bedilan udara Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya