Banjiri terowong Hamas dengan air laut adalah jenayah perang - Russia - Utusan Malaysia

Banjiri terowong Hamas dengan air laut adalah jenayah perang – Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia memberi amaran rancangan tentera Israel yang mahu membanjiri terowong Hamas dengan air laut merupakan satu jenayah perang.

Terdahulu, Zionis mengumumkan mereka akan menggunakan sistem pam besar bagi membanjiri sistem terowong Hamas dengan air laut sebagai usaha menghapuskan kumpulan pejuang tersebut.

Lapor Newsweek, Russia sifatkan rancangan Zionis itu sebagai mengejutkan dan jika dilakukan, ia adalah jenayah perang.

“Rancangan untuk penuhkan terowong Hamas dengan air laut bukanlah satu langkah yang bijak kerana anda (Israel) sendiri tidak tahu apa yang ada di dalamnya.

“Mungkin betul ada pejuang Hamas dan mungkin juga ada penduduk awam.

“Jika dibanjiri air, ia boleh menyebabkan kematian dan tindakan itu adalah jenayah perang kerana sengaja membunuh,” kata pegawai Russia, Dmitry Polyansky.

Beliau menjelaskan, sudah tentu terowong itu dihuni penduduk awam memandangkan itu adalah antara tempat paling selamat daripada bedilan tentera Zionis.

Katanya, sudah tiada tempat selamat di Gaza dan sistem terowong Hamas mungkin menjadi penyambung hayat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya