Bangladesh miliki pasukan bomba wanita buat kali pertama - Utusan Malaysia

Bangladesh miliki pasukan bomba wanita buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Buat kali pertama dalam sejarah Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh (FSCD), seramai 15 anggota bomba wanita telah menyertai pasukan itu, lapor Xinhua.

Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan Kamal pada Khamis mengalu-alukan anggota bomba wanita yang baru dilantik dalam satu majlis di Dhaka, menurut Dhaka Tribune.

Seramai 15 wanita daripada 2,707 pemohon dipilih sebagai anggota bomba melalui pemeriksaan awal, kecergasan fizikal serta ujian perubatan, bertulis dan lisan.

Bulan lalu, mereka secara rasmi menyertai pasukan penyelamat di Purbachal di pinggir Dhaka.

Sebelum ini, wanita bertugas di FSCD sebagai pegawai, tetapi tidak ada yang dilantik ke jawatan anggota bomba.

Bagi menghapuskan diskriminasi jantina, jawatan ‘Fireman’ di negara itu baru-baru ini ditukar kepada ‘Firefighter’ atas arahan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya