Balu pembunuh bersiri dipenjara seumur hidup

Balu pembunuh bersiri dipenjara seumur hidup

MONIQUE OLIVIER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mahkamah di Perancis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas balu pembunuh bersiri, Michel Fourniret atas peranannya dalam tiga pembunuhan dilakukan oleh bekas suaminya.

Selepas perbicaraan berlangsung selama 10 jam, Monique Olivier disabitkan dengan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan dilakukan Michel ke atas dua wanita muda sejak beberapa dekad lalu.

Wanita itu termasuk pelajar warga Britain, Joanna Parrish, 20, dan seorang gadis berusia sembilan tahun.

Mahkamah memerintah Monique, 75, perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 20 tahun.

Monique disabitkan bersalah memainkan peranan dalam penculikan, penyitaan dan pembunuhan Joanna dan Marie-Angele Domece yang berusia 18 tahun pada tahun 1988.

Ia diburukkan lagi dengan penglibatan Monique dalam kes membabitkan suaminya yang cuba merogol Marie dan merogol Joanna.   

Dia juga disabitkan bersalah memainkan peranan dalam penculikan dan pembunuhan Estelle Mouzin pada tahun 2003 yang mana mayat mangsa gagal ditemukan meskipun sudah melakukan pencarian secara intensif. 

Dilaporkan, Michel meninggal dunia ketika berusia 79 tahun pada 2021 sebelum dia dibawa ke perbicaraan atas tiga pembunuhan tersebut.

Ini bermakna perbicaraan Monique merupakan peluang terakhir untuk keluarga mangsa mencari keadilan.

Michel sebelum meninggal dunia mengaku melakukan 11 pembunuhan namun laporan mengesyorkan dia mungkin terlibat dalam puluhan kes lagi.

Monique sudah pun menjalani hukuman penjara seumur hidup sepertimana diperintah mahkamah pada 2008 kerana bersubahat dalam empat kes penculikan dan pembunuhan dilakukan oleh Michel.

Sedekad kemudian dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun lagi kerana terlibat dalam kes pembunuhan lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya