Azerbaijan buka pintu untuk penduduk Armenia di Karabakh

Azerbaijan buka pintu untuk penduduk keturunan Armenia di Karabakh

azerbaijan
Tentera Azerbaijan melakukan perarakan di bandar Khankendi di walayah yang dibebaskan, Karabakh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Azerbaijan terus membuka pintu dan  peluang untuk penduduk keturunan Armenia di Karabakh termasuk dalam pemulihan semula wilayah yang dibebaskan itu.

Rektor Akademi Pentadbiran Awam di bawah Presiden Republik Azerbaijan, Urkhan Alakbarov berkata,  semuanya bergantung kepada tingkah laku pemain antarabangsa yang kemungkinan ada motif lain untuk menghalang penduduk keturunan Armenia itu kembali ke wilayah berkenaan.

“Rakyat Armenia secara sukarela meninggalkan Karabakh. Azerbaijan sedang memulihkan kehidupan di wilayah yang dibebaskan. Dan di tengah-tengah ini, kita sekali lagi melihat usaha tertentu datang dari Barat untuk mengawal keadaan: pertama untuk mencari alasan, dan kemudian untuk merumitkan segala-galanya,” katanya di platform Baku Network.

Sementara itu, beliau berkata, Azerbaijan sedang melaksanakan dasar yang seimbang dan boleh diramal. – trend

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya