AS sekat visa bagi penduduk haram Yahudi Israel jika terlibat keganasan

AS sekat visa bagi penduduk haram Yahudi Israel jika terlibat keganasan

KENDERAAN tentera Israel melakukan rondaan di kem pelarian Jenin, Tebing Barat, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mula menguatkuasakan larangan visa bagi penduduk haram Yahudi yang terbabit dalam keganasan di Tebing Barat.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, menyaksikan tindakan terbabit dibuat selepas wujudnya beberapa rayuan supaya rejim Israel menghentikan keganasan oleh penduduk Yahudi di situ.

Mengulas lanjut, katanya, dasar sekatan visa Jabatan Negara AS yang baharu menyasarkan individu yang dipercayai terbabit dalam menjejaskan keamanan, keselamatan, atau kestabilan di Tebing Barat.

“Ia termasuklah melalui tindakan keganasan atau mengambil tindakan lain yang menyekat akses orang awam kepada perkhidmatan penting dan keperluan asas secara berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden AS, Joe Biden dan pegawai kanan AS yang lain memberi amaran berulang kali bahawa Israel mesti bertindak menghentikan keganasan oleh penduduk Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat.

Serangan berkenaan meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, khususnya selepas penempatan Yahudi semakin meluas, dan ia diburukkan sejak serangan Hamas ke atas Israel, 7 Oktober lalu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata gesaan supaya Israel melakukan lebih banyak usaha menghentikan keganasan pelampau terhadap rakyat Palestin, dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap tindakan itu sudah dijelaskan Blinken kepada pegawai Israel semasa lawatan minggu lalu.

Beliau berkata, selain itu, pemimpin Palestin juga mesti melakukan lebih banyak lagi tindakan untuk mengekang serangannya terhadap Israel di Tebing Barat.

Miller berkata, mana-mana warga Israel yang kini mempunyai visa AS juga boleh dibatalkan atas sebab terbabit dan akan dimaklumkan.

Katanya, Israel juga sudah mengambil beberapa langkah untuk menahan orang yang bertanggungjawab atas keganasan Tebing Barat, seperti meletakkan mereka dalam tahanan.

“Namun kita percaya mereka harus didakwa. Tindakan Washington ini tidak menghalang keperluan bagi kerajaan Israel untuk mengambil tindakan sendiri dan kami akan memastikan kami sama-sama jelas mengenainya,” katanya.

Penempatan Yahudi di Tebing Barat dianggap tidak sah oleh kebanyakan negara namun dipertikaikan Israel. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya