Angka korban di Gaza meningkat mendadak berbanding sebelum gencatan senjata - Utusan Malaysia

Angka korban di Gaza meningkat mendadak berbanding sebelum gencatan senjata

PETUGAS menyusun mayat penduduk yang terkorban di Hospital al-Shifa di Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 500 rakyat Palestin menjadi korban serangan Israel setiap hari selepas gencatan senjata tamat Jumaat lalu, meningkat berbanding 300 hingga 350 orang sehari sebelum jeda kemanusiaan dilaksanakan.

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med Monitor) mengecam peningkatan pengeboman dan serangan maut Israel di Gaza selepas jeda kemanusiaan selama seminggu berakhir.

Euro-Med Monitor berkata, angka korban kini meningkat kepada lebih 500 sejak Israel meneruskan serangannya untuk hari keenam berturut-turut.

Ini menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober kepada 21,731, termasuk 8,697 kanak-kanak dan 4,410 wanita serta mereka yang hilang dan terperangkap di bawah runtuhan yang kini dianggap mati.

Menurut Euro-Med Monitor, Israel meningkatkan tahap yang mengejutkan dalam menyasarkan orang awam sejak gencatan senjata kemanusiaan tamat, mempergiatkan pemusnahan sepenuhnya kawasan kediaman dan menyasarkan sekolah yang menempatkan ribuan individu yang dipindahkan.

Pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kempen pengeboman meluas Israel menyasarkan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, infrastruktur awam termasuk hospital, sekolah yang dikendalikan oleh PBB, masjid, gereja, kedai roti, tangki air dan ambulans.

Walaupun Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Israel untuk membangunkan rancangan mengurangkan kemudaratan ke atas orang awam selepas gencatan senjata kemanusiaan sementara itu tamat, Euro-Med Monitor berkata, kenyataan ini bertentangan dengan peningkatan pembunuhan orang awam oleh Israel.

Susulan lawatan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken ke kawasan itu pada hujung minggu, Washington mengisytiharkan kerajaan Israel bersetuju meminda operasi di selatan Gaza berbanding di utara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya