Ancaman bom, 15 sekolah batalkan kelas di Bengaluru - Utusan Malaysia

Ancaman bom, 15 sekolah batalkan kelas di Bengaluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Sebanyak 15 sekolah di Bengaluru, hari ini, membatalkan kelas selepas menerima ancaman bom yang dihantar melalui e-mel.

Polis dan skuad pengesan bertindak mengosongkan premis berkenaan ketika melancarkan usaha mencari bom terbabit.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis, B Dayananda, berkata e-mel itu adalah palsu.

“Tahun lalu, e-mel sama dihantar dan ini (mel baharu) juga kelihatan sebagai palsu.

“Kami akan mengesahkan dan mencuba mengetahui siapa yang menghantar e-mel ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan antisabotaj ke semua sekolah.

Pada April 2022, enam sekolah Bengaluru menerima ancaman bom serupa.

Penerima ancaman termasuk sekolah seperti Deens Academy, Neev Academy, Legacy School dan Inventure Academy.

Kebanyakan sekolah yang tidak mendapat ancaman itu turut menghantar notis untuk meyakinkan ibu bapa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya