Al Jazeera rujuk kes bunuh jurukamera di Gaza ke ICC - Utusan Malaysia

Al Jazeera rujuk kes bunuh jurukamera di Gaza ke ICC

SAMER ABU DAQQA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Portal berita Al Jazeera merujuk insiden pembunuhan jurukameranya Samer Abu Daqqa di Gaza ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Samer terkorban dalam serangan dron pada Jumaat lalu ketika dia melaporkan pengeboman sebelum ini di sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang kehilangan tempat tinggal di selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, wartawan di agensi berita yang sama, Wael Dahdouh kehilangan isteri, anak lelaki, anak perempuan dan cucunya akibat pengeboman Israel sebelum ini, selain beliau sendiri mengalami kecederaan.

“Al Jazeera mengesahkan komitmennya untuk meneruskan semua pilihan yang mungkin untuk membawa mereka yang bertanggungjawab atas jenayah pembunuhan Samer ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan untuk memastikan hukuman undang-undang yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka,” kata Al Jazeera dalam satu kenyataan.

Wartawan di Gaza membawa ‘mesej kemanusiaan dan kemuliaan’ dan akan bekerja walaupun serangan Israel, kata Dahdouh ketika berucap pada upacara pengebumian Samer.

“Kami akan terus menjalankan tugas kami dengan profesionalisme dan penuh ketelusan,” tambah Dahdouh lagi sambil disambut oleh tangisan oleh rakan-rakan di sekelilingnya yang turut menghadiri upacara itu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya