Aktiviti gay, transgender punca HIV melonjak di Filipina

Aktiviti gay, transgender punca HIV melonjak di Filipina

GOLONGAN remaja antara penyumbang tertinggi dalam jumlah penduduk Filipina yang disahkan positif HIV. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Jangkitan penyakit HIV meningkat di Filipina dengan kumpulan pakar menyalahkan kegiatan temu janji secara dalam talian, pendidikan seks yang tidak menyeluruh dan sikap konservatif menjadi antara penyebab kepada peningkatan tersebut.

Biarpun merekodkan kurang satu peratus daripada lebih 110 juta penduduknya yang didiagnos HIV, data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan Filipina menjadi satu daripada negara yang merekodkan kadar jangkitan tinggi.

Pihak berkuasa Filipina memberi amaran jumlah penduduk yang disahkan positif HIV setiap tahun meningkat dan jumlah kes boleh menjadi lebih dua kali ganda sehingga 400,000 kes menjelang 2030.

Gelombang jangkitan baharu HIV di negara ini melibatkan banyak golongan gay dan wanita transgender dengan kebanyakannya adalah remaja.

“Situasi ketika ini amat membimbangkan dan menunjukkan kita masih gagal mengawal penularan HIV,” kata penasihat untuk Program Bersatu PBB bagi HIV/AIDS (UNAIDS) di Filipina, Van Phillip Baton.

Katanya, virus maut itu boleh merebak dalam kalangan penduduk awam jika tiada tindakan diambil segera.

Kumpulan pakar memaklumkan, aplikasi temu janji secara dalam talian menjadi antara platform yang menyumbang kepada peningkatan jangkitan HIV.

Pakar menyatakan, aplikasi seperti itu memudahkan masyarakat mencari pasangan untuk melakukan seks bebas tanpa perlindungan.

Dalam erti kata lain, sikap tidak ambil peduli merupakan faktor paling penting dalam penularan HIV dalam kalangan masyarakat.

Kajian kesihatan seksual yang dilakukan oleh Institut Populasi di Universiti Filipina pada 2021 menunjukkan lebih satu per tiga penduduk negara ini yang berusia 15 hingga 24 tahun tidak percaya bahawa menggunakan kondom boleh mengurangkan risiko dijangkiti HIV.

“Ini bermaksud, lebih banyak maklumat perlu disalurkan kepada masyarakat bagi memperbetulkan anggapan mereka mengenai HIV,” ujar seorang profesor di institut tersebut, Vicente Jurlano. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya