‘Ada sebab Hamas serang Israel, jangan hukum rakyat Palestin’ - Utusan Malaysia

‘Ada sebab Hamas serang Israel, jangan hukum rakyat Palestin’

ANTONIO GUTERRES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan tindakan Hamas menyerang wilayah Israel pada 7 Oktober lalu tidak boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin oleh tentera Zionis.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan sejumlah negara Arab berusaha meraih undi untuk gencatan senjata kekal dan serta-merta di Gaza, namun Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menentang langkah tersebut.

Tindakan AS itu mungkin menyebabkan draf resolusi tersebut mungkin tidak berjaya.

“Dianggarkan 130 tebusan masih ditahan di Gaza, Saya gesa mereka dibebaskan tanpa syarat, mendapat layanan kemanusiaan dan lawatan daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah sehingga dibebaskan.

“Pada masa sama, tindakan Hamas pada 7 Oktober lalu tidak boleh membenarkan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin dan tindakan Hamas itu bersebab,” katanya.

Guterres sebelum ini menggunakan Artikel 99 Piagam PBB yang jarang digunakan untuk membawa perhatian UNSC mengenai keadaan di Gaza dan betapa pentingnya untuk menghentikan keganasan di wilayah itu.

Dalam pada itu, Timbalan Duta AS, Robert Wood menyatakan AS menyokong keamanan yang berkekalan, namun tidak menyokong gesaan gencatan senjata segera.

Katanya, langkah itu hanya akan menyebabkan perang berlaku lebih teruk pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya