70,000 migran dipintas cuba seberang Laut Mediterranean

70,000 migran dipintas cuba seberang Laut Mediterranean

PENDATANG berketurunan Afrika berkumpul di Sfax selepas dipintas oleh pengawal pantai Tunisia ketika cuba menyeberangi laut pada 10 Ogos lalu. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Kira-kira 70,000 pendatang dipintas ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean dari Tunisia ke Itali pada tahun ini.

Menurut Pengawal Kebangsaan Tunisia, jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2022.

Tunisia dan Libya merupakan tempat pelepasan utama bagi ribuan migran yang mahu sampai ke Eropah.

“Bilangan pendatang dipintas oleh pihak berkuasa Tunisia adalah seramai 69,963 orang sepanjang 11 bulan pertama tahun 2023.

“Angka itu meningkat berbanding 31,297 orang yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu,” jelas Pengawal Kebangsaan Tunisia.

Dilaporkan, kumpulan migran yang dipintas terdiri daripada 78 peratus warga asing manakala selebihnya adalah rakyat Tunisia.

Ia merupakan perubahan ketara berbanding data direkodkan pada tahun 2022 yang mana 59 peratus merupakan warga asing. 

Sementara itu, sumber kemanusiaan antarabangsa mendakwa sekurang-kurangnya 5,500 migran diusir ke sempadan dengan Libya dan 3,000 pendatang ke Algeria setakat Jun lalu, termasuk sejumlah besar yang ditahan ketika cuba berlepas ke Eropah.

Jelas sumber, lebih 100 pendatang meninggal dunia di padang pasir Libya-Tunisia pada musim panas ini.

Tambahnya, `pengusiran besar-besaran ke Libya dan Algeria masih berterusan’.

Dilaporkan, kebanyakan pendatang yang dipintas ditahan di pantai timur Tunisia berhampiran Sfax, sekitar 130 kilometer (km) dari pulau Lampedusa di Itali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya