64 korban pertempuran etnik di Manipur dikebumi selepas tujuh bulan - Utusan Malaysia

64 korban pertempuran etnik di Manipur dikebumi selepas tujuh bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANIPUR: Sebanyak 64 mayat mangsa yang terbunuh dalam pertempuran etnik di Manipur akhirnya dikebumikan selepas lebih tujuh bulan keganasan mengerikan itu tercetus Mei lalu.

Mayat semua mangsa yang maut dalam keganasan itu diserahkan kepada keluarga mereka semalam.

Pertelingkahan antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti Kuki meletus pada 3 Mei lalu kerana perkongsian kuota kerajaan.

Keganasan itu meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.

64 mayat itu, termasuk 60 daripada masyarakat Kuki dan empat etnik Meitei, disimpan di rumah mayat kerajaan sejak awal Mei.

Mereka diterbangkan dari ibu negara Imphal dan daerah Churachandpur semalam sebelum dibawa ke keluarga mereka di bahagian lain di negeri itu.

Jawatankuasa Perpaduan Suku, sebuah organisasi yang bekerja untuk hak komuniti suku di Manipur menggesa penutupan selama 12 jam di daerah Kangpokpi di negeri itu di mana mangsa Kuki akan dikebumikan.

“Penyerahan jenazah menandakan kepulangan yang ditunggu-tunggu saudara dan saudari kita yang terkorban selepas lapan bulan penuh kegelisahan, kekecewaan dan putus asa,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Insiden itu melibatkan pertempuran, pembunuhan kejam dan jenayah seksual terhadap wanita dengan kira-kira dua pertiga daripada mereka yang terbunuh adalah daripada etnik Kuki.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya