BOBIGNY: Polis menemukan lima mayat di dalam sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Meaux, timur Paris di Perancis.
Lapor berita tempatan Actu17, mangsa membabitkan seorang wanita dan empat anaknya yang masih kecil.
Menurut laporan, polis kini sedang mencari suami mangsa.
“Lelaki berusia 33 tahun itu kini dalam pelarian,” tambahnya.
Sejak kebelakangan ini, Paris menyaksikan beberapa siri pembunuhan kanak-kanak.
Pada akhir November lalu, seorang lelaki, 41, mengaku membunuh tiga anak perempuannya berusia empat hingga 11 tahun.
Lelaki itu dilaporkan menyerah diri kepada polis.
Polis menemukan mayat mangsa berkenaan di rumahnya di bandar Alfortville.
Sebulan sebelum itu, seorang anggota polis dilaporkan membunuh tiga anak perempuannya sebelum membunuh diri di rumahnya di Vemars di Val-d’Oise. -AFP